Sejarah panteisme Panteisme

Istilah "pantheist" yang menjadi akar umbi istilah "panteisme" dikatakan dipakai buat julung kalinya oleh pengarang Ireland bernama John Toland dalam kerjanya, Socinianism Truly Stated, by a pantheist, keluaran tahun 1705. Walaupun begitu, konsepnya sudah dibincangkan semenjak zaman ahli falsafah Yunani Purba, oleh Thales, Parmenides dan Heraclitus. Latar panteisme dalam budaya Yahudi boleh dijejaki dalam kisah penciptaan Genesis dalam kitab Taurah serta bahan-bahan kenabian terawal sebagai "kudrat alam" (seperti banjir, ribut, gunung berapi dan sebagainya) semuanya diberi nama "tangan Tuhan" melalui simpulan bahasa berbunyi personifikasi, yang menjelaskan rujukan tersurat terhadap konsep tersebut dalam sastera Wasiat Baru dan Kabbalah.

Pada tahun 1785, berlakunya pertikaian besar antara Friedrich Jacobi dan Moses Mendelssohn, yang turut melibatkan ramai tokoh terpenting ketika itu. Jacobi mendakwa bahawa idea Gotthold Ephraim Lessing mengenai panteisme bersifat materialistik, iaitu dipercayai segala Alam dan Tuhan itu adlaah satu bahan yang luas. Jacobi percaya bahawa ini adalah sumbangan Zaman Kesedaran kepada sifat penaakulan yang mencetuskan fahaman ateisme (tiada tuhan). Mendelssohn membangkang dengan menegaskan bahawa panteisme bersamaan dengan teisme (ada tuhan).

Berkaitan